Monday 23 July 2012

Tatabahasa (Sintaksis)

Laman ini menawarkan input-input kebahasaan tentang Sintaksis.
Rujukan yang digunakan ialah:

1. Nik Safiah Karim et al.,2008. Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka
2. Abdullah Hassan, 2008. Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd




Definisi sintaksis
- Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2011) : sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan/konstruksi ayat.

Takrif frasa
Za’ba (1965) : rangkai kata
Abdullah Hassan (2002) : sekumpulan perkataan
Nik Safiah Karim (1993) : unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya 2 perkataan, ataupun 1 perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi 2 perkataan atau lebih.
Frasa digunakan dalam membina ayat.
Setiap ayat mesti mempunyai sekurang-kurangnya 2 frasa iaitu frasa yang menjadi subjek dan frasa yang menjadi predikat
  1) Kucing  kelabu itu tidur.
  2) Comel tidur.
  3) Azmina cantik.
Ayat 1 boleh dipisahkan kepada beberapa perkataan iaitu kucing, kelabu, itu dan tidur.
Kucing kelabu itu : frasa yang menduduki tempat subjek.
Tidur : frasa yang menduduki tempat predikat
Satu perkataan boleh menjadi suatu frasa apabila:
a)Kata itu secara tunggal menempati posisi kata inti suatu frasa dalam ayat.
  -dalam ayat 2,frasa nama hanya terdiri daripada perkataan Comel.

b)Kata itu menduduki fungsi salah satu unsur utama binaan ayat (subjek, predikat, objek, pelengkap dan keterangan)
  -sebagai unsur di luar ayat : kucing, tidur, Azmina dan cantik bertaraf perkataan (KN, KK, KN, KA)
  -berfungsi sebagai subjek : Comel (FN), kucing (FN), Azmina (FN)
  -berfungsi sebagai predikat : tidur (FK), cantik (FA)
 

No comments:

Post a Comment