Monday 19 August 2013

Komponen Pengajaran

Komponen Pengajaran merupakan beberapa bahagian utama dalam melengkapkan proses pengajaran seseorang guru.  Tujuh komponen pengajaran yang telah digariskan iaitu kemahiran induksi, kemahiran menerang, kemahiran menyoal, kemahiran menguasai variasi rangsangan, kemahiran menggunakan papan tulis, kemahiran mengelolakan bilik darjah serta kemahiran penutup.

Kemahiran Induksi
Konsep permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.  Tujuan utama kemahiran ini untuk membina aliran fikiran murid-murid selain menimbulkan minat mereka supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap isi pelajaran.

Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang berfungsi menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pengajaran dan pembelajaran.  Penerangan dan huraian yang diberikan kepada murid perlu sesuai dengan tahap kefahaman mereka.

Kemahiran Menyoal
Merujuk cara guru membentuk soalan, aras yang digunakan, tujuan soallan dan kepada siapa soalan itu dikemukakan.  Soalan yang dibina hendaklah menjurus kepada potensi murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

Kemahiran Menguasai Variasi Rangsangan
Variasi Rangsangan bermaksud satu cara yang boleh digunakan guru untuk menarik perhatian dan minat murid terhadap aktiviti pengajaran.  Tumpuan  murid-murid terhadap pengajaran guru yang biasanya sangat singkat dan sukar dikekalkan, dapat diubah melalui perubahan tingkah laku,  pengalihan deria murid, menukar corak interaksi murid-murid dan mempelbagaikan kaedah serta  teknik pengajaran.

Kemahiran Menggunakan Papan Tulis
Penggunaan papan tulis dengan cara yang betul dan sistematik akam membentu memberikan kesan yang mendapalam terhadap pengajaran guru.  Susunan isi pelajaran, data, perangkaan, carta, gambar rajah dan sebagainya pada permukaan papan tulis akan memudahkan murid mengikuti sesi pengajaran guru dan sekali gus membangkitkan minat dalam kalangan mereka.

Kemahiran Mengelolakan Bilik Darjah
Pengelolaan bilik darjah bermaksud usaha yang dilakukan oleh guru untuk mentadbir murid dan mengurus bilik darjah supaya suasana persekitarannya tersusun dan ceria serta menggalakkan aktiviti pembelajaran.
           
Kemahiran Penutup dan Kesimpulan
Kemahiran ini merupakan bahagian akhir dalam satu-satu sesi pengajaran guru di dalam bilik darjah. Penutup pengajaran yang baik perlulah dapat meninggalkan kesan yang mendalam  terhadap sanubari murid sama ada aspek motivasi atau mengingat isi pelajaran.

(Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Tuesday 15 January 2013

KEMAHIRAN BAHASA

· 
 Kemahiran mendengar

  • Merupakan kemahiran yang paling asas dan kemahiran ini  berlaku di peringkat penerimaan .
  • Murid yang telah menguasai kemahiran ini semestinya dapat mendengar dengan baik manakala maklumat yang disampaikan dapat difamani dan seterusnya menginterpretasikan apa yang difahami. 
  • Menurut Tuan Jah dalam bukunya "Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu" menjelaskan seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar  dan bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa.
Kemahiran bertutur
  • Merupakan  aktiviti melafazkan bunyi bahasa yang dilahirkan daripada alat artikulasi .
  • Bahasa merupakan perantara utama semasa berinteraksi. Ketika ini kanak-kanak berada pada peringkat yang sangat produktif. Kanak-kanak akan sentiasa meniru dan mengajuk.
  • Kemahiran bertutur amat menitikberatkan  sebutan dan intonasi amat dititikberatkan,  oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. 
  •  Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.
Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)
  • Menurut (Abdul Aziz AbdulTalib,1993:65) kemahiran bertutur diperoleh melalui aktiviti mendengar  sebagai  proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa.   
  •  Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.  
  • Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
Sumber: Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Tuan Jah Tuan Yusof PhD, Faridah Nazir PhD)