Monday 23 July 2012

Komunikasi Berkesan


KOMUNIKASI BERKESAN

Renungan:   Apakah maksud komunikasi?
Kamus Dewan memberi maksud perhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan/medium).

Apakah maksud berkesan?
Kamus Dewan memberi maksud menimbulkan hasil yang diharapkan, membawa kepada sesuatu perubahan.
Rumusannya komunikasi berkesan merupakan penyampaian maklumat, perutusan, idea atau pengetahuan kepada penerima dengan baik, tepat dan maksudnya tidak mengelirukan sama ada melalui lisanl atau bukan lisan.

Pandangan: Ab Rahman Ab Rashid et al 1997 mencirikan asas-asas komunikasi berkesan seperti berikut:
a)    Kandungan
b)    Kejelasan
c)    Konteks sosial
                                                      i.        Ciri sistem komunikasi (berfikiran terbuka)
                                                    ii.        Status yang seimbang
                                                   iii.        Keputusan secara maufakat
d)    Kepercayaan
e)    Kaedah penyampaian
f)     Kesinambungan
g)    Keupayaan mendengar
Cadangan:    i.   Penyampai perlu mendapat kepercayaan daripada pendengar.
ii.   Kejayaan penyaluran maklumat ditentukan oleh kaedah penyebaran.
iii.  Maklumat perlu diulang sebagai pengukuhan.
iv.  Dengar apa yang orang lain cuba sampaikan bukan dengar apa yang            .     kita hendak dengar.

Anda ada coretan yang boleh dikongsi?  Catat di sini:
Rujukan;       
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab. Rahim Selamat. 1997. Bahasa Melayu Komunikasi 2; Komunikasi Retorika. Longman Malaysia Sdn. Bhd. Petaling Jaya, Selangor.

No comments:

Post a Comment