Monday 23 July 2012

Prosa Klasik

Pengenalan 

Menurut Dr Ismail Hamid (1988), peradaban Hindu telah berkembang di Alam Melayu sejak beberapa abad sebelum Islam, tatapi warisannya lebih banyak ditemui tertulis dalam bahasa Jawa Kuno. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu sudah mempunyai kerajaan mereka sendiri seperti Kerajaan Sriwijaya. Sastera Melayu dianggarkan sudah tercipta pada zaman itu, tetapi warisan dari zaman tersebut tidak ditemukan sehingga hari ini. Oleh yang demikian,melihat daripada warisan kesusasteraan Melayu lama yang tersimpan hingga kini, jelas menunjukkan bahawa sastera Melayu lama yang bercorak tulisan telah bermula setelah kedatangan Islam. Apabila agama Islam tiba ke Alam Melayu, maka media tulisan telah diperkenalkan dengan menggunakan huruf-huruf Arab sebagai skrip penulisan dalam bahasa Melayu. Pengenalan tulisan Arab dalam bahasa Melayu bertujuan untuk menulis risalah-risalah tentang agama Islam dalam bahasa tersebut demi menjadikannya sebagai bahan rujukan dan bacaan masyarakat Melayu. Sejak itu, kegiatan menulis risalah agama Islam dalam bahasa Melayu berlaku dengan pesatnya. Perkembangan sastera Melayu lama dapat dilihat melalui beberapa jenis karya Melayu lama: 

  • Sastera Rakyat - 
  • Sastera Bercorak Islam - 
  • Sastera Zaman Peralihan - 
  • Epik Pengaruh Hindu dan Jawa - 
  • Cerita Panji - 
  • Cerita Saduran Arab dan Parsi -
  •  Cerita Berbingkai - 
  • Sastera Sejarah - 
  • Sastera Ketatanegaraan dan Perundangan

No comments:

Post a Comment