Thursday 2 August 2012

Bahasa Sebagai Alat Komunikasi

Ya, manusia berhubung dengan pelbagai cara, tetapi yang paling dominan tentulah menggunakan bahasa.  Olehitu peranan bahasa kepada manusia amat penting.  Hal ini bermakna bahasa itu menjadi media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain, melahirkan perasaan, fikiran, kehendak dan sebagainya.  Bahasa dapat menghubungkan seseorang dengan yang lainnya sama ada dari segi jarak, tempat atau jarak masa.  Melalui jarak tempat, seseorang itu boleh berhubung dengan seseorang yang lain secara lisan sama ada dengan berhadapan atau melalui telepon, internet atau boleh juga secara tulisan.  Berhubung secara jarak masa pula adalah apabila seseorang itu mahu merakamkan sesuatu untuk pengetahuan generasi yang terkemudian daripadanya, maka dia boleh merakamkan pertuturannya melalui alat perakam atau menuliskannya di atas kertas atau buku.  Dengan demikian dia dapat menyatakan fikirannya, kehendaknya atau pendapatnya kepada orang-orang yang terkemudian daripadanya walaupun jarak masa hidup antara mereka memakan masa berpuluh tahun. ( Arbak, 1983: 41-42 ).

No comments:

Post a Comment