Wednesday 22 August 2012

Bahasa Ialah Pertuturan

Fries (1963) mengatakan bahawa 85% daripada bahasa yang digunakan oleh manusia dalam komunikasi ialah telahan ujaran.  Walau bagaimanapun selain bahasa lisan ( ujaran ) manusia juga berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tulisan.  Ahli-ahli bahasa menganggap bahasa tulisan sebagai bahasa juga tetapi dianggap sebagai 'secondary language'. Manakala ahli bahasa yang lain menganggap bahasa tulisan bukannya bahasa tetapi hanya suatu pemetaan pertuturan dengan menggunakan tanda-tanda yang dapat dilihat seperti huruf-huruf dan sebagainya.  Olehitu mereka menganggap bahasa tulisan, lambang-lambang mahupun transkripsi ortografik hanyalah sebagai rakaman bahasa.

Dalam bahasa ujaran terhimpun berbagai-bagai aspek bahasa, iaitu pertuturan merangkumi aspek-aspek perkataan, frasa, ayat, bunyi, intonasi, hentian, tekanan, nada dan sebagainya.  Olehitu kajian linguistik menjadikan bahasa ujaran sebagai data utama di samping juga bahan bertulis hanyalah sebagai sebagai data rujukan. Ahli bahasa struktural  dan TG sering menjadikan bahasa ujaran sebagai bahan kajian.  Hal ini demikian bahasa ujaran adalah sebenarnya bahasa yang tulen bukannya bahasa yang sudah dimurnikan menuruti disiplin tatabahasa tertentu.

Hal ini menepati juga bahawa bahasa itu bukannya bersifat perwarisan.  Bahasa perlu dipelajari secara lisan.  Persekitaran sesuatu bahasa itu yang akan mendorong seseorang individu itu mampu berkomunikasi dengan sesuatu bahasa itu.  Buktinya, seorang kanak-kanak berketurunan Cina akan berkemampuan berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu, kalau dia dipelihara oleh keluarga Melayu.  Kanak-kanak ini tidak akan mampu berkomunikasi dalam bahasa Cina.

Rujukan

Fries,(1963). Linguistics and Reading

Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.


No comments:

Post a Comment