Wednesday 1 August 2012

Apakah yang dimaksudkan dengan bahasa ?


Kuliah Pertama

Pendahuluan

Bahasa bermaksud mengasosiasikan bunyi-bunyi yang diucapkan  melalui sama ada aliran udara keluar ataupun masuk dengan rujukan makna.  Bunyi-bunyi lain seperti bunyi-bunyi yang disebabkan oleh gerakan-gerakan anggota badan manusia yang lain tidaklah dianggap sebagai bunyi-bunyi bahasa,  Walau bagaimanapun, seperkara yang harus diambil perhatian ialah tidak semua bunyi yang diucapkan atau melalui mulut manusia itu dapat dianggap sebagai simbol-simbol bahasa, seperti bunyi siulan ( Lufti Abas, 1975:5 ).

2, Bahasa juga bersifat arbitrari

Arbitrari bermaksud konsep rujukan yang tiada hubungan dengan yang mutlak antara bunyi atau perkataan dengan makna atau benda.  Contoh perkataan  'rumah' dengan bunyi yang disebut sebagai (rumah) dalam bahasa Melayu, 'house' dalam bahasa Inggeris, ' bait' dalam bahasa Arab dan 'ngomah' dalam bahasa Jawa.  Oleh yang demikian, dapat dikatakan bahawa makna bagi sesuatu simbol atau perkataan ialah konvesional sifatnya.  Maknanya seolah-olah telah menjadi tanggapan tradisi atau dengan perkataan lain, makna dipersetujui bersama oleh sekelompok pengguna yang menggunakan bahasa itu, ertinya simbol-simbol itu dan apa-apa yang diwakili atau dihubungkan dengan mereka, yang berasaskan hasil perjanjian-perjanjian yang dipersetujui bersama.  Persetujuan itu dibuat baik secara sedar atau tidak sedar.  Umpamanya, antara ibu dengan anak atau antara sesama anggota masyarakat yang menggunakan bahasa itu.  Oleh sebab sifat arbitrari inilah didapati bahasa setiap bahasa ada perkataan yang berlainan bagi menyatakan benda yang serupa ( Arbak Othman, 1983:12 )

No comments:

Post a Comment