PERIBAHASA MELAYU - zabedah mohammed
tegak rumah kerana sendi
runtuh sendi rumah binasa
sendi bangsa ialah budi
runtuh budi runtuhlah bangsa
Peribahasa merupakan salah satu aspek keindahan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu. Bait-bait peribahasa sarat dengan makna tersirat yang perlu dirungkai mengikut fungsi dan situasi.
Realitinya, terdapat pelbagai peribahasa yang menjadi permainan kata dalam dunia kehidupan masyarakat Melayu. Nilai estetika peribahasa ini boleh dilihat daripada beberapa aspek. Ishak Ramly (1990), telah mengklasifikasikan peribahasa mengikut tema seperti berikut:
tema-tema peribahasa
** cinta dan benci
** kejayaan dan kegagalan
** kebahagiaan dan kesengsaraan
** segala kurniaan tuhan
** berkaitan norma sosial dan moral masyarakat
Berikut adalah
contoh-contoh peribahasa yang diklasifikasikan mengikut lima tema
tersebut.
1) Tema cinta dan benci
i) buah hati
maksud : kekasih atau orang yang dicintai
ii) seperti pungguk merindukan bulan
maksud : dalam percintaan
iii) umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang
maksud : dikasihi semasa muda, dibenci setelah tua
2) Tema kejayaan dan kegagalan
i) sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain
maksud : sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
terhasil juga
ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
maksud : kalau ada kemahuan, maka ada saja
jalan untuk melakukan sesuatu pekerjaan
sehingga berjaya
iii) malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut
maksud : kalau malas berusaha, kita tidak akan mendapat
kejayaan
3) Tema kebahagiaan dan kesengsaraan
i) seperti embun di hujung rumput
maksud : tidak kekal dan segera hilang
kasih sayang
ii) seperti kaca terhempas ke batu
maksud : perasaan yang sangat sedih atau kecewa
iii) orang mengantuk disorongkan bantal
maksud : memperoleh sesuatu yang diinginkan
4) Tema kurniaan Tuhan
i) bagai bulan dipagari bintang
maksud : kecantikan gadis yang tiada bandingannya
ii) bintang terang
maksud : bernasib baik
iii) jauhari juga yang mengenal manikan
maksud : orang yang bijaksana juga dapat melakukan
penilaian yang tepat
5) Tema berkaitan norma sosial dan moral masyarakat
1) Tema cinta dan benci
i) buah hati
maksud : kekasih atau orang yang dicintai
ii) seperti pungguk merindukan bulan
maksud : dalam percintaan
iii) umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang
maksud : dikasihi semasa muda, dibenci setelah tua
2) Tema kejayaan dan kegagalan
i) sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain
maksud : sabar mengerjakan sesuatu lama-lama
terhasil juga
ii) hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
maksud : kalau ada kemahuan, maka ada saja
jalan untuk melakukan sesuatu pekerjaan
sehingga berjaya
iii) malu bertanya sesat jalan, malu berdayung
perahu hanyut
maksud : kalau malas berusaha, kita tidak akan mendapat
kejayaan
3) Tema kebahagiaan dan kesengsaraan
i) seperti embun di hujung rumput
maksud : tidak kekal dan segera hilang
kasih sayang
ii) seperti kaca terhempas ke batu
maksud : perasaan yang sangat sedih atau kecewa
iii) orang mengantuk disorongkan bantal
maksud : memperoleh sesuatu yang diinginkan
4) Tema kurniaan Tuhan
i) bagai bulan dipagari bintang
maksud : kecantikan gadis yang tiada bandingannya
ii) bintang terang
maksud : bernasib baik
iii) jauhari juga yang mengenal manikan
maksud : orang yang bijaksana juga dapat melakukan
penilaian yang tepat
5) Tema berkaitan norma sosial dan moral masyarakat
i) orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah
maksud : orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain
pula yang dituduh
ii) mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan
maksud : kerana mengharapkan keuntungan yang
belum pasti, keuntungan yang kecil yang sudah
pasti dilepaskan
iii) umpama minyak setitik, di laut sekali pun timbul juga
maksud : orang yang baik walau di mana sekali
pun akan dimuliakan juga
Mengikut Arifin Nur (dalam Ishak Ramly:1990) peribahasa diklasifikasikan kepada lima iaitu:
1. perumpamaan
2. bidalan
3. pepatah
4. perbilangan
5. simpulan bahasa
1. Perumpamaan
a) seperti kacang lupakan kulit
maksud : orang yang melupakan budi baik serta pertolongan orang lain apabila telah
hidup senang
b) seperti aur dengan tebing
maksud : tolong-menolong antara satu sama lain
2. Bidalan
a) air susu dibalas dengan air tuba
maksud : kebaikan dibalas dengan kejahatan
b) sudah terhantuk baru terngadah
maksud : sesudah ditimpa kemalangan, baru hendak beringat-ingat
3. Pepatah
a) di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
maksud : hendaklah kita menurut adat dan aturan di tempat yang kita diami
b) laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan
maksud : setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesalahan
4. Perbilangan
a) hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah
maksud : susah senang dirasai bersama
b) hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
maksud : semasa hidup hendaklah mematuhi aturan-aturan yang berlaku
5. Simpulan bahasa
a) bintang terang
maksud : bernasib baik
b) patah kandar
maksud : hilang tempat bergantung
KAJIAN-KAJIAN TENTANG KLASIFIKASI PERIBAHASA
Indrawati Zahid (1998) dalam kajiannya telah membincangkan klasifikasi peribahasa yang telah dilakukan oleh empat tokoh bahasa iaitu Za'ba, Md Said Sulaimen, dan Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Beliau telah membandingkan klasifikasi peribahasa tokoh-tokoh tersebut. Perbandingan tersebut bersandarkan sembilan klasifikasi iaitu:
1. simpulan bahasa
2. bidalan
3. pepatah
4. perbilangan
5. perumpamaan
6. lidah pendeta
7. kiasan
8. tamsil
9. ibarat
Hal ini membuktikan bahawa peribahasa boleh dikaji dari pelbagai perspektif yang menarik.
Menurut Nor Hashimah (1988) peribahasa Melayu yang dihasilkan bukan sahaja dapat dijadikan pengajaran dan teladan malah mengandungi ilmu saintifik yang menyangkut perkara tentang hukum graviti, hidrologi, botani, hukum alamiah, fisiologi, genetik, logik, dan ekonomi. Hal ini menunjukkan masyarakat Melayu mempunyai sifat yang cukup teliti. Mereka dapat mengamati apa-apa yang berlaku di persekitaran mereka lalu dibentuk peribahasa untuk melahirkan idea dan pandangan hidup mereka.
Dapatan kajian Lim Kim Hui (1998) telah mengklasifikasikan peribahasa kepada empat bahagian iaitu:
1. logika dalam peribahasa
2. rasionalisasi dalam peribahasa
3. falasi dalam peribahasa
4. pemikiran stereotaip dan prejudis dalam peribahasa
Salmah (1999) telah mengkaji penggunaan bahasa kiasan dalam pantun Melayu. Bahasa kiasan dalam kajian beliau merujuk kepada peribahasa Melayu berdasarkan klasifikasi peribahasa oleh Za'ba. Kajian beliau mendapati terdapat banyak pantun yang menggunakan peribahasa sebagai pembayang dan juga maksud.
Saidatul Nornis (1999) telah menganalisis peribahasa Melayu dari sudut estetika "HATI" dalam bahasa kiasan. Bahasa berkias dalam kajian beliau merujuk kepada peribahasa dan simpulan bahasa. Beliau mendapati terdapat suatu persepsi yang agak menyeluruh tentang anatomi manusia yang digambarkan dalam bahasa Melayu terutamanya anatomi hati. Dalam kajian beliau, beliau telah menganalisis peribahasa yang mengandungi perkataan "hati"
Nor Hashimah (2006) telah menjalankan kajian berbentuk deskripsi ke atas peribahasa Melayu. Dalam kajian beliau, pendeskripsian secara umum tentang masa dan masyarakat Melayu melalui analisis makna dalam peribahasa telah dilakukan. Dalam peribahasa Melayu terdapat ungkapan peribahasa yang berupa nasihat mengenai kepentingan masa seperti sambil menyelam minum air, berjagung-jagung sementara menanti padi masak, hangat-hangat tahi ayam, dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment