Tuesday 15 January 2013

KEMAHIRAN BAHASA

· 
 Kemahiran mendengar

  • Merupakan kemahiran yang paling asas dan kemahiran ini  berlaku di peringkat penerimaan .
  • Murid yang telah menguasai kemahiran ini semestinya dapat mendengar dengan baik manakala maklumat yang disampaikan dapat difamani dan seterusnya menginterpretasikan apa yang difahami. 
  • Menurut Tuan Jah dalam bukunya "Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu" menjelaskan seseorang yang telah menguasai kemahiran mendengar  dan bertutur didapati turut menguasai aspek tatabahasa, perbendaharaan kata, fonologi, semantik dan idiom bahasa.
Kemahiran bertutur
  • Merupakan  aktiviti melafazkan bunyi bahasa yang dilahirkan daripada alat artikulasi .
  • Bahasa merupakan perantara utama semasa berinteraksi. Ketika ini kanak-kanak berada pada peringkat yang sangat produktif. Kanak-kanak akan sentiasa meniru dan mengajuk.
  • Kemahiran bertutur amat menitikberatkan  sebutan dan intonasi amat dititikberatkan,  oleh itu guru mestilah dapat memastikan murid mereka dapat membezakan sebutan dan intonasi yang betul dan sesuai dengan yang tidak betul dan kurang sesuai. 
  •  Menjadi tugas guru juga dalam memastikan murid dapat mengesan perbezaan makna yang dibawakan oleh intonasi yang berbeza walaupun menggunakan frasa yang sama tetapi dalam konteks yang berlainan.
Kemahiran mendengar dan bertutur (lisan)
  • Menurut (Abdul Aziz AbdulTalib,1993:65) kemahiran bertutur diperoleh melalui aktiviti mendengar  sebagai  proses menerima komunikasi dan bertutur sebagai proses menghasilkan bahasa.   
  •  Lisan adalah percakapan atau pertuturan iaitu satu kegiatan melahirkan bahasa melalui suara atau sebutan.  
  • Kemahiran lisan bukan sahaja penting dalam pembelajaran bahasa tetapi juga penting dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
Sumber: Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Tuan Jah Tuan Yusof PhD, Faridah Nazir PhD)